Terdapat digunakan untuk mengurus syarikat yang dibentuk. Sebagai contoh,

Terdapat 2 bentukpenswastaan iaitu pendekatan “dikenalpasti kerajaan” atau pendekatan “dayausaha sektor swasta”. Di bawah pendekatan “dikenalpasti kerajaan”, UnitPerancang Ekonomi akan mengenalpast jabatan yang akan diswastakan, melaksanakanprogram penswastaan, mengawasi dan mengkaji semula kemajuan syarikat swasta.Sementara itu, bagi pendekatan “daya usaha sektor swasta” pula mengalu-alukansaranan sektor swasta yang inovatif dalam mengenalpasti projek penswastaan.Dalam menentukan bentuk penswastaan ini, sesebuah syarikat perlu diteliti akanciri-ciri aktiviti yang akan diswastakan (Yusof Ismail, 2003). Antaranya ialah:                   i.        Penswastaansecara menyeluruhSeratusperatus kepentingan Kerajaan dipindahmilikkan kepada sektor swasta. Keseluruhanhak milik, pengawalan dan pengurusan perusahaan atau perkhidmatan yangberkenaan akan dikendalikan oleh swasta, sementara Kerajaan dianggap terpisahlangsung dari sebarang kepentingan dalam perusahaan tersebut.                    ii.

         Penswastaansecara sebahagianHanyasebahagian sahaja hak milik kerajaan dalam sesebuah agensi perkhidmatan dipindahkanatau dijualkan kepada sektor swasta. Sementara sebahagian lagi masih dikuasaioleh Kerajaan seperti Syarikat Airod Sn Bhd.                iii.        Penswastaansecara terpilihSesebuahagensi menjual bahagian tertentu sahaja daripada perkhidmatannya, tetapi terusmemiliki bahagian-bahagian yang lain. Perkhidmatan yang dipilih untukdiswastakan adalah secara sepenuh atau sebahagian.

Best services for writing your paper according to Trustpilot

Premium Partner
From $18.00 per page
4,8 / 5
4,80
Writers Experience
4,80
Delivery
4,90
Support
4,70
Price
Recommended Service
From $13.90 per page
4,6 / 5
4,70
Writers Experience
4,70
Delivery
4,60
Support
4,60
Price
From $20.00 per page
4,5 / 5
4,80
Writers Experience
4,50
Delivery
4,40
Support
4,10
Price
* All Partners were chosen among 50+ writing services by our Customer Satisfaction Team

                iv.        Penswastaanberbentuk pengurusan, bercorak perniagaan swastaKonsepini kerap diamalkan oleh Kerajaan di mana prinsip perniagaan akan digunakanuntuk mengurus syarikat yang dibentuk. Sebagai contoh, Syarikat TelekomMalaysia Berhad (STMB), Tenaga Nasional berhad (TNB), Jabatan Pos danlain-lain.                  v.        Penswastaansecara kontrakInidilaksanakan dengan pemberian kontrak perkhidmatan Kerajaan kepada sektorswasta tanpa merombak struktur organisasi agensi Kerajaan tersebut sepertiPerkhidmatan memotong rumput dan memunggah sampah.                vi.        Penswastaansecara pajakanPendekatanini membolehkan penyewaan kemudahan dan harta kKerajaan yang tertentu bagimendapatkan hasil tanpa mengubah hak milik harta berkenaan. Contohnya, KerajaanTempatan (PBT) menyewakan lapangan meletak kereta kepada syarikat-syarikatswasta.

               vii.         Penswastaanberbentuk pengurusan swastaInibermakna hanya kepakaran sektor swasta dari segi pengurusan dan pengetahuansahaja digunakan oleh Kerajaan tanpa sebarang pertukaran hakmilik modal.Contohnya pentadbiran dan pengurusan hotel-hotel yang dimilik Kerajaan Negeri.             viii.        CaraPenswastaan lainMerujukkepada kaedah seperti Pembelian Syarikat oleh Pengurusan (MBO),Bina-Kendali-Pindah (BOT), Bina-Kendali (BO), Bina-Pindah (BT) dan menukarasset untuk membantu penswastaan pembangunan tanah.  TELEKOM MALAYSIA (TM)Pada mulanya, penubuhan JabatanTelekom Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Telekomunikasi 1950.

Jabatanini merupakan satu-satunya jabatan yang menyediakan perkhidmatan telekomunikasidi Malaysia, maka kuasa perkhidmatan telekomunikasi telah dimonopoli olehjabatan ini. Sehubungan itu, Jabatan Telekom Malaysia beroperasi di bawahsebuah jabatan kerajaan iaitu di bawah Kementerian Tenaga Telekom dan Pos dansemua pengurusan adalah tertakluk di bawah penguasaan kerajaan (Zabawi, 2012)Jabatan Telekom Malaysiabertanggungjawab di bawah pihak kerajaan untuk menyediakan perkhidmatantelekomunikasi seperti perkhidmatan telefon, teleks, telegram, penyiaran,kawalan penerbangan dan komunikasi dalam kecemasan. Objektif Jabatan TelekomMalaysia di bawah pihak kerajaan ialah untuk menyediakan perkhidmatantelekomunikasi yang cekap dan moden di dalam dan di luar negeri untuk memenuhikeperluan negara, di samping memastikan bayaran perkhidmatan berpatutandikenakan ke atas pelanggan. Apabila Jabatan Telekom Malaysia ini telahdiswastakan pada tahun 1990 iaitu menjadi Syarikat Telekom Malaysia Berhad iaitumelalui Dasar Penswastaan di bawah pimpinan Dato’Seri Dr. Mahathir Mohammad,maka terdapat banyak perubahan-perubahan yang telah dibuat bagi meningkatkanprestasi perkhidmatan dalam telekomunikasi.Terdapat banyak faktor mengapajabatan ini telah diswastakan iaitu antaranya, pada masa itu negara kitamengalami kemerosotan ekonomi menyebabkan beberapa jabatan kerajaan terpaksadiswastakan. Hal ini, termasuklah kos penyelenggaraan telekom yang tidak dapatditampung lagi oleh pihak Kerajaan serta kos baikpulih kemudahan yang acapkalimengalami kerosakan.Terdapat beberapa kebaikan yangboleh masyarakat nikmati apabila Syarikat Telekom Malaysia Berhad ini telahdiswastakan.

Antaranya, masyarakat dapat menikmati perkhidmatan yang lebihbaik, cekap, cepat dan senang. Sebagai contoh, sebelum diswastakan,perkhidmatannya hanya tertumpu kepada telefon dan telegram dan perkhidmatannyaagak lambat tetapi setelah diswastakan TM telah mempelbagaikan perkhidmatanyang disediakan seperti kemudahan internet iaitu penggunaannya yang semakinberleluasa bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia .Walaupun selepas diswastakan, TMtelah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, namun begitu masih terdapat lagikeburukan yang boleh dikenalpasti.

Perkara yang amat jelas ialah apabilapembaikan perkhidmatan disediakan, maka harga yang ditawarkan kepada pengguna jugameningkat. Oleh itu, pihak TM perlu membuat penambahbaikan dengan menyediakankemudahan yang setaraf dengan bayaran yang perlu dibayar oleh pengguna TM. Jikakemudahan yang disediakan masih ditakuk lama dan tidak memuaskan, pengguna akanberalih kepada alternatif lain. TM juga perlu memikirkan mengenai golongan yangberpendapatan rendah yang tidak mampu untuk mendapatkan perkhidmatan akibat kekangankos yang tinggi. Hal ini, jelas menampakkan ketidakadilan terhadap golonganberpendapatan rendah yang tidak mampu untuk menikmati teknologi dalamkomunikasi.TENAGANASIONAL BERHAD (TNB)LembagaLetrik Negara (LLN) telah ditubuhkan pada 01 September 1949 sebagau sebuahbadan berkanun dan ditubuhkan di bawah Ordinan Elektrik No. 30, 1949. Sejarahpenggunaan elektrik di negara ini bermula pada tahun 1904 dan bekalan elektrikyang pertama disalurkan di Pulau Pinang dan diikuti dengan Kuala Lumpur pada tahun1905.

Ianya terus berkembang dengan pembinaan beberapa empangan hidro elektrikseperti empangan di Malim Nawar dan Cenderoh yang dibina pada tahun 1928 dan1929. Sebelum penubuhan LLN, bekalan elektrik diselenggarakan oleh JabatanElektrik di bawah Jabatan kerja Raya.Sebagaisebuah badan kawalselia industri bekalan elektrik apabila Lembaga Letrik Negara(LLN) diswastakan menjadi Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 1 September 1990yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

Jabatan ini juga mengambil alih fungsidan tugas Jabatan Jemaah Pemeriksa Elektrik yang sebelum ini bertanggungjawabke atas keselamatan elektrik di negara ini. Jabatan Bekalan Elektrik ditubuhkandengan jumlah perjawatan sebanyak 151. Pada penghujung tahun 1980an, TNB telahmerancang untuk meningkatkan kapasiti penjanaannya tetapi tidak dibenarkan.Apabila permintaan tinggi untuk tenaga elektrik tanpa kapasiti menjana yangsepadan, akhirnya pada 29 September 1992 Semenanjung Malaysia telah bergelapselama 48 jam apabila satu sumber kuasa TNB telah gagal berfungsi. Bertitiktolak dari itu, maka bermulalah era penswastaan bagi TNB dan Kerajaan telahmenjual 22% sahamnya di KLSE.

TenagaNasional Berhad (TNB) adalah sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar diMalaysia dengan aset bernilai RM60 bilion dan memberi khidmat kepada lebih enamjuta pelanggan di seluruh Semenanjung dan Sabah. Aktiviti teras TNB ialahpenjanaan, penghantaran dan pembahagian tenaga elektrik. Hari ini, TNB adalahmerupakan syarikat utama dalam penjanaan tenaga elektrik dan merupakan satubahagian penting dalam rangkaian kepelbagaian aktiviti perniagaan. Kumpulan TNBmempunyai keupayaan penjanaan terbesar iaitu 10,854.

5MW. Kini, TNB mempunyaisistem pembekalan elektrik yang lengkap, termasuk Grid Nasional, Pusat PerkhidmatanPelanggan, Pusat Pengurusan Panggilan dan pejabat-pejabat pentadbiran diseluruh Semenanjung Malaysia.Penswastaan telah menyumbang kepadapeningkatan kecekapan dan produktiviti entiti yang diswastakan melaluipenyediaan perkhidmatan dan sistem pengurusan yang lebih baik. Pencapaian TNBselepas diswastakan telah bertambah baik hasil daripada penambahan keupayaandan rangkaian perkhidmatan di samping perolehan dan penggunaan peralatan danteknologi moden. Selain daripada itu, perubahan sikap yang lebih positif sertapembaharuan minda di kalangan kakitangan pekerja yang diswastakan telahmenyumbang kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti itu. Walaupun TNB telah menunjukkanpeningkatan dari segi hasil serta produktiviti di samping kecekapannya, namunbegitu masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan daripada segipengurusan dan juga perlaksanaannya. Kos elektrik yang perlu ditanggung olehpengguna juga semakin meningkat sehingga membebankan segelintir mereka yangberpendapatan rendah.

Apabila TNB diswastakan, maka banyak kos yang perludigunakan untuk menyelenggara serta menambahbaikan sistem yang sedia ada. Olehitu, TNB perlu mengambil pendekatan serta memastikan perkhidmatan yangdisediakan memuaskan hati semua pihak termasuk golongan miskin.   PROJEK LEBUHRAYAUTARA-SELATAN (PLUS)Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)ditubuhkan pada tahun 1980 bagi memantau kerja pembangunan peringkat awalsebelum tugasan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada PLUS Expressway Bhd mulaitahun 1988. Lebuh raya adalah kejayaan dasar Penswastaan tanpa membebankankewangan kerajaan. Tujuan penubuhan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada 1980adalah untuk merancang, merekabentuk, membina dan menyelenggara lebuhraya toldi seluruh Semenanjung Malaysia. Lebuhraya tol yang pertama yang telahdirancang, direkabentuk, dibina dan diselenggara di bawah pengawasan LLM ialahLebuhraya Utara Selatan. Jajaran lebuhraya ini telah disiapkan secaraberperingkat-peringkat mengikut keutamaan da keperluan pada ketika itu.

Ekorandari dasar penswastaan kerajaan, Lebuhraya berkenaan dan lain-lain lebuhrayaselepas itu telah diswastakan. Pada bulan Mac 1988 perjanjiankonsesi penswastaan Lebuhraya Tol Utara-Selatan dan Lebuhraya Baru Lembah Klangtelah di tandatangani, iaitu penswastaan projek infrastruktur yang terbesaryang pernah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia untuk membina baki Lebuhraya TolUtara-Selatan dan Lebuhraya Baru Lembah Klang. Perjanjian ini adalah untukselama 30 tahun b 1 Jun 1988 dan penyerahan sepenuhnya operasi tol bagibahagian-bahagian lebuhraya yang telah siap dibuat dalam bulan Disember 1988 (Lembaga Lebuhraya Malaysia, 2017).Walaupun penswastaan lebuh raya inimemberi manfaat kepada kerajaan serta rakyat, namun masih terdapat beberapaperkara yang perlu penambahbaikan.

Isu tol yang semakin meningkat membebankanrakyat terutamanya golongan sederhana dan juga golongan miskin. Hargapembayaran tol lebuhraya yang sentiasa meningkat telah menyebabkan rakyatmengalami kerugian. Kenyataan ini telah dibukti oleh SamyVellu. “LebuhrayaUtara-Selatan yang telah diswastakan kepada PLUS adalah diprojekkan bagimenampung 160,000 kereta setiap hari. Akan tetapi pada masa sekarang, bilanganini telah meningkat sehingga 1,200,000 kereta setiap hari.

Keuntungan yangmenakjubkan ini sebenarnya dimiliki oleh pemilik PLUS. PLUS merupakan salahsatu projek penswastaan mega yang berulang kali menjadi sasaran permintaan awamsupaya dikaji semula dan menjadikannya lebih adil terhadap para penggunalebuhraya. Kerajaan pada hari ini telah mula mengambil langkah-langkah yangmesra pengguna dan rakyat dalam memastikan mereka tidak terus terbeban denganhasil perjanjian konsesi yang telah dibuat. Beberapa tol telah ditutup sepertiyang diumumkan pada Belanjawan 2018 yang lalu.

 Secara kesimpulannya, dasarpenswastaan yang diperkenalkan telah menyelamatkan Malaysia daripadakemelesetan ekonomi. Perjalanan dasar ini yang telah melebihi 20 tahunpelaksanaannya telah membuktikan kejayaannya dengan mencapai objektif-objektifyang ditetapkan dalam dasar ini. Banyak entiti yang telah diswastakan di bawahpelbagai bentuk penswastaan yang diperkenalkan Kerajaan. Kedua-dua sektor awamdan swasta telah mendapat manfaat daripada penswastaan.

Pemindahan khdimat awamkepada sektor swasta telah Berjaya mengurangkan perbelanjaan Kerajaan dan danayang dijimatkan telah digunakan untuk membiayai projek pembangunan ekonomi yanglain. Syarikat-syarikat atau jabatan yang diswastakan juga menyaksikanperuntukan sumber yang cekap serta peningkatan produktiviti pekerjanya. Dibawah penswastaan juga banyak perniagaan milik bumiputera telah diwujudkan. Walaupun banyak kebaikanyang diperolehi hasil daripada penswastaan, namun masih banyak ruang yang perludiperbaiki agar ekonomi negara terus berkembang. Isu utama yang dilihat hasildaripada penswastaan adalah berkaitan dengan peningkatan beban rakyat.Kesilapan yang boleh dirungkaikan adalah Kerajaan tidak mengambil kirakepentingan rakyat sebelum pelaksanaan dasar ini. Barang atau perkhidmatan yangtelah dimonopoli oleh pihak swasta merupakan punca utama rakyat dibebani.Kerajaan seharusnya diberikan hak untuk mengawal harga yang ditetapkan olehpihak swasta.

Dalam hal ini, kita dapat melihat bagaimana kesungguhan YABPerdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak semenjak menjadi Perdana Menteri.Tindakan menetapkan ketiadaan kenaikan harga tol dan tarif elektrik dilihatusaha Kerajaan untuk memastikan dasar penswastaan ini akan terus mesra rakyatdan pengguna. Selepas penswastaan, syarikat swasta ini telah banyak mengautkeuntungan sehingga melupakan peranan utama mereka. Kerajaan sekali lagi harusmembuat penyelidikan dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikanmasalah ini dibendung dan diatasi.