Sikap adalah “tana”. “Tana” ini bermaksud hutan dan tanah.

Sikap Penan terhadap HutanOrang Penan menganggaphutan sebagai nyawa dan kehidupan mereka. Perkataan hutan dalam Penan adalah “tana”. “Tana” ini bermaksud hutan dan tanah. “Tana” di sini bererti persekitaran semula jadi di mana merekahidup. Bagi orang Penan, apabila mereka melihat hutan atau tanah, itulahdianggap sebagai kehidupan atau nyawa. Hutan tidak dapat dipisahkan daripadakehidupan mereka. Komuniti Penan percaya bahawa hutan mengandungi pelbagaisemangat.

Jika kita melakukan perkara yang tidak elok atau tidak menghargaisumber-sumber, maka semangat-semangat ini akan marah dan membalas denganmewujudkan penyakit dalam kalangan orang Penan. Antara semangat yang dipercayaioleh mereka adalah “ungap” dan “penakoh”. Kedua-dua semangat inimempunyai kaitan dengan air, bumi dan tumbuh-tumbuhan terutamnya pokok (Janowskidan Langub, 2011).  Orang Penan melihat hubungan mereka denganhutan sebagai satu pengawasan. Pengawasan ini dijalankan melalui satu sistemyang dikenali sebagai “molong”. Bagiorang Penan, “molong” ini digambarkansebagai menuntut, memupuk serta memelihara sumber-sumber supaya ia dapatdigunakan pada masa depan. “Molong”ini dilihat sebagai strategi penuaian di mana peralihan dari satu kawasan kekawasan yang lain dalam memperoleh sumber-sumber. Hal ini dapat memberi peluangkepada sesebuah kawasan yang telah dituai untuk tumbuh semula.

Best services for writing your paper according to Trustpilot

Premium Partner
From $18.00 per page
4,8 / 5
4,80
Writers Experience
4,80
Delivery
4,90
Support
4,70
Price
Recommended Service
From $13.90 per page
4,6 / 5
4,70
Writers Experience
4,70
Delivery
4,60
Support
4,60
Price
From $20.00 per page
4,5 / 5
4,80
Writers Experience
4,50
Delivery
4,40
Support
4,10
Price
* All Partners were chosen among 50+ writing services by our Customer Satisfaction Team

Sebagai contoh,batang sago yang telah matang akan dituai manakala batang sago muda pula akandipelihara untuk kegunaan masa depan. Hal ini dapat dilihat orang Penanmengaplikasikan falsafah penggunaan sumber secara lestari. Ini adalah keranamereka takut mencetus kemarahan semangat-semangat atau kuasa ghaib. Selain itu,orang Penan juga takut bahawa masyarakat akan memandang rendah kepada merekakerana mereka telah melakukan perbuatan membazir (Janowski dan Langub, 2011).

 Bagiorang Penan yang hidup secara nomad, ahli kumpulan mereka adalah sedikit.Mereka selalunya terdiri daripada ahli keluarga nuklear. Orang Penan ini jugamempunyai kawasan pemburuan serta pencarian makanan mereka yang tersendiri.Oleh itu, mereka tidak lari daripada bertindih dengan kumpulan lain berkaitandengan hak ke atas sesebuah kawasan atau tanah. Bagi yang bertindih, merekaakan mencapai kata persetujuan untuk berkongsi menggunakan kawasan atau tanahtersebut. Walau bagaimanapun, hak ke atas tanah ditegaskan melalui konsep “okoo bu’un” (tempat asal) atau “tana pohoo” (tanah nenek moyang).

Halini bermaksud bahawa kumpulan yang mempunyai hak ke atas sesebuah kawasan atautanah bergantung kepada konsep tempat asal atau tanah nenek moyang. Jika tanahtersebut terlebih dahulu dibuka oleh sesebuah kumpulan, maka kumpulan lainharuslah mendapatkan kebenaran dari kumpulan tersebut untuk menggunakan kawasanatau tanah tersebut (Janowski dan Langub, 2011).