Menurut bergaya profesional, iaitu mereka yang mampu membezakan antara

Menurut pendapat yang diutarakan oleh para pengkajidalam bidang psikolinguistik, pengetahuan bahasa boleh dikuasai melalui duacara, iaitu menerusi proses pemerolehan dan pembelajaran (Zulkifley Hamid,2011). Dua cara penguasaan pengetahuan bahasa inilah yang mendorong wujudnyaperbezaan di antara pelajar natif dan bukan natif, dan seterusnya menghasilkandua bentuk atau dua pendekatan pengajaran bahasa yang berlainan prinsipnya,iaitu prinsip pengajaran pengkayaan bahasa dan prinsip pengajaran pembinaanbiasaan berbahasa. Bagi pengajaran yang bersifat pengkayaan, fokus seharusnyaterhadap membina kemahiran berbahasa dalam situasi formal atau disasarkan kearah membentuk pengguna bahasa yang bergaya profesional, iaitu mereka yangmampu membezakan antara output yang gramatis dan tidak gramatis, serta dapatmenggunakan istilah, cara dan format penyampaian yang tepat untuk situasipenggunaan yang tertentu.          Sementaraitu, pengajaran bahasa yang berteraskan prinsip pembentukan biasaan berbahasapula perlu berfokuskan ke arah melatih para pelajar bahasa kedua berbahasasebagaimana penutur natif berbahasa. Dalam erti kata lain, di samping aspeknahu, keseluruhan korpus lakuan bahasa, termasuklah aspek ketepatan dalammemberikan gerak balas bahasa bersesuaian dengan situasi, sapaan yang palingbersesuaian dengan sesuatu keperihalan keadaan, kesusilaan dalam berbahasa danjuga aspek-aspek yang berkaitan dengan taboo atau kekangan moral dalamberbahasa, semuanya harus dipelajari dan dikuasai.

Kesemua aspek kebahasaan yangdisenaraikan ini tidak boleh diagak-agak atau direka-reka, tetapi mestidigunakan sebagaimana yang digunakan oleh penutur natif semasa merekaberbahasa. Sekiranya tidak, bahasa berkemungkinan besar tidak akan dapatberperanan sebagai alat penyampai atau penghubung silaturrahim secara berkesan.Hornstein & Lightfoot (1981)memperkatakan bahawa di samping bermula pada masa yang berbeza, penutur bahasapertama dan penutur bahasa kedua juga berbeza daripada segi tatacarapenguasaan. Dari perspektif ilmu psikolinguistik, iaitu melalui pandangan yangdikemukakan dalam Hipotesis Nurani bahawa proses penguasaan pengetahuan bahasapertama atau bahasa ibunda ialah proses yang agak mudah yang tidak memerlukanproses pengajaran dan pembelajaran secara formal kerana proses ini dibantu olehalat penguasaan bahasa semula jadi yang sedia wujud dalam akal budi manusiasejak mereka dilahirkan ke dunia.Seterusnya, pengkaji memetik pendapat yangdiutarakan oleh Widdowson (1979) bahawa pengetahuan bahasa dapat ditakrifkansebagai terdiri daripada dua jenis pengetahuan yang saling melengkapi, iaitu use dan usage.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Use merujukpengetahuan tentang aspek-aspek kenahuan yang terdapat dalam sesuatu bahasa,manakala usage merujuk pengetahuantentang cara berkomunikasi yang berkesan dalam situasi penggunaan yang sebenar.Bagi Widdowson dan mereka yang bersependapat dengannya, pengetahuan tentang use yang tidak disertai pengetahuan usage tidak mungkin akan menjadikan seseorangpelajar itu pengguna bahasa yang baik dan berkesan.Berdasarkan kepada pandangan yang telahdikemukan dalam bahagian kosa ilmu, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa pengetahuanbahasa boleh dikuasai melalui dua cara, iaitu menerusi proses pemerolehan dan pembelajaran.Hal ini amat penting terutamanya dalam konteks pendidikan bahasa Melayu dalamkalangan penutur dan pendengar. Selain itu, pengajaran bahasa yang berteraskanprinsip pembentukan biasaan berbahasa pula perlu berfokuskan ke arah melatihpara pelajar bahasa kedua berbahasa sebagaimana penutur natif berbahasa agartahap penguasaan mereka setaraf dengan penutur natif. Justeru, pendekatan ilmupsikolinguistik dalam bidang pendidikan bahasa sama sekali tidak bolehdinafikan kepentingannya.