BAB laporan kewangan yang lengkap pastinya bermula dengan aspek

BAB1 PENDAHULUAN  1.0 PENGENALAN  Sesebuah perniagaan yang dijalankanpastinya dapat dikaitkan dengan pengurusan kewangan yang merupakan cabangpenting dalam organisasi perniagaan mahupun bukan organisasi perniagaan.Laporan kewangan perlulah dikaji kedudukannya dan tidak boleh diambil entengatau dipandang ringan bagi seseorang individu yang menjalankan perniagaanlebih-lebih lagi perniagaan kecil-kecilan.

Hal ini kerana perniagaan tersebuthanya melihat kepada keuntungan dan kerugian sahaja tanpa mengambil tahuperkara-perkara lain dalam penyediaan laporan kewangan yang efektif.Sememangnya diibaratkan sebagai nadi atau nafas bagi sesebuah syarikat keranakemungkinan akan mencatakan keuntungan dan tidak mustahil juga berkemungkinanmencatatkan kerugian (Zuraida Mohd Zakaria, 2016). Permasalahan yang berlakuberpotensi yang akan menyebabkan syarikat mengalami kesukaran beroperasi.Sesebuah perniagaan seharusnya tidak mengambil enteng terhadap komponen dalampengurusan kewangan terutamanya kepada pengurusan penghutang dalam sesebuahperniagaan.          Penyata kewangan merupakan laporanpencapaian kewangan syarikat secara keseluruhan bagi menilai prestasi sesebuahperniagaan seterusnya menjadi prospek pada masa hadapan. Menurut MASB 1 Para 6,penyata kewangan menggambarkan kewangan berstruktur bagi kedudukan kewangan danurusniaga yang dijalankan oleh sesebuah perusahaan. Seterusnya, objektifpenyata kewangan adalah untuk menyediakan atau mengemukakan maklumat yang bergunadan tepat mengenai kedudukan kewangan, prestasi sesebuah perusahaan kepadapemegang perniagaan itu sendiri bagi menentukan keputusan ekonomi yang bakaldibuat.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Sebelum terhasilnya sebuah laporan kewangan yang lengkap pastinyabermula dengan aspek asas perekodan dengan mendapatkan dokumen sumber dandiikuti dengan langkah atau standard prosedur perakaunan yang benar dansistematik.           Pengurusan kewangan merupakan sebuahrumusan data yang direkodkan berkaitan rekod formal kegiatan kewangan sesebuahperniagaan yang melibatkan orang-perseorangan atau entiti yang lain. Dapat ditafsirkanbahawa pengurusan kewangan dalam perniagaan adalah amat meluas yang terdiridaripada komponen ke atas aset, liabiliti dan ekuiti serta pendapatanperbelanjaan sesebuah perniagaan bagi sesuatu tempoh perakaunan  atau untuk tempoh tertentu. Penyata kewangansememangnya memberikan pandangan secara keseluruhan keadaan kewangan jangkapendek dan jangka panjang. Semua maklumat perniagaan seharusnya disampaikansecara tepat dengan cara berstruktur dan dalam suatu bentuk yang mudah difahamisebelum penyediaan penyata kewangan. Sekiranya dihubungkaitkan dengan komponenjualan dan penghutang yang mempunyai hubungkait antara satu sama lain, aspekutama yang diambilkira termasuklah kaedah perekodan dan kaedah pemfailan yangbermula daripada dokumen sumber . Seterusnya melalui prosuder yang tepat dapatmemudahkan penyediaan penyata kewangan oleh pengurus kewangan yang bertujuanuntuk menilai status syarikat dan merancang masa depan sesebuah syarikat atauperniagaan.

          Menurut rangka kerja penyediaan danpembentangan penyata kewangan oleh IPSASB mentakrifkan bahawa pendapatansebagai peningkatan dalam manfaat ekonomi sepanjang tempoh perakaunan dalambentuk aliran masuk atau pengurangan liabiliti yang menyebabkan peningkatan dalamekuiti. Seterusnya IPSASB juga mentakrifkan pendapatan sebagai merangkumi hasildan keuntungan. Piawaian ini menggunakan istilah ‘hasil’ yang merangkumi hasildan untung bagi menggantikan istilah ‘pendapatan’ yang diperoleh daripadaurusniaga jualan barang niaga. Item khusus tertentu uang akan diiktiraf sebagaihasil yang dinyatakan dalam piawaian lain adalah tidak termasuk dalam skoppiawaian ini. Sebagai analoginya, penjualan daripada hartanah, loji danperalatan, hibah, pengurangan hutang ragu dan sebagainya.          Pengurusan kewangan yang dilaksanakandalam sesebuah perniagaan melalui penyediaan penyata kewangan mempunyai perananprospektif atau ramalan yang menyediakan maklumat berguna bagi meramalkan tahapsumber yang diperlukan untuk menjamin operasi secara berterusan, sumber yangboleh dijana melalui operasi berterusan serta risiko dan ketidakpastian yangberkaitan. Pelaporan kewangan juga dapat menunjukkan akauntabiliti enittidengan menyediakan maklumatyang berguna untuk menilai keupayaan entitimembiayai perbelanjaan dan aktiviti serta memenuhi liabiliti dan komitmen.          Selaku individu yang mengharungidunia perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa mendapatkankeuntungan yang maksimum merupakan matlamat utama bagi sesebuah perniagaan,tetapi sekiranya sesebuah perniagaan terlalu memfokuskan matlamat ke arah memperolehikeuntungan pastinya akan mendatangkan masalah kepada sesebuah perniagaantersebut.

Bagi memastikan sesebuah entiti akan berterusan, sesebuah perniagaanseharusnya mampu membuat perancangan perniagaan dengan rapi dan sistematikberkenaan jumlah penghutang yang semakin meningkat berikutan urusniaga yangsemakin bertambah. Urusniaga yang semakin meningkat tidak menjadi suatupermasalahan malah merupakan suatu yang memberangsangkan. Sekiranya diambilkira melalui dua jenis urusniaga iaitu secara tunai dan kredit, kemungkinanyang menimbulkan permasalahan adalah urusniaga kredit.           Pihak perniagaan terutama kepadabahagian kewangan hendaklah memastikan kewangan bagi kegunaan menampung belianbarang niaga adalah mencukupi memandangkan hasil jualan barang niaga secarakeseluruhannya dijalankan melalui urusniaga kredit. Oleh hal yang demikian,sesebuah perniagaan seharusnya tidak memandang enteng terhadap penghutang yangseharusnya menjelaskan pembayaran hutang dalam tempoh ditetapkan kepada pihaksyarikat.

Keuntungan yang tinggi sememangnya kunci kepada tidak timbulnyasegala permasalahan sesebuah perniagaan. Kebolehan syarikat dalam menguruskanpengurusan berkenaan penghutang secara konsisten membolehkan perniagaan dapatmeningkatkan sekaligus mencapai kemajuan dalam perniagaan.  1.1LATAR BELAKANG KAJIAN           Pengurusan ke atas penghutang yangberhubungkait rapat sebelum terbentuknya sebuah laporan kewangan merupakanaspek yang penting dalam sesebuah perniagaan. Kini terdapat ramai usahawan baruatau pekerja yang dianggap pekerja makan gaji yang baru berjinak-jinak denganperniagaan sampingan secara kecil-kecilan.

Dua jenis perniagaan selaras denganteknologi yang semakin meningkat moden melalui atas talian iaitu ‘online’ataupun secara ‘offline’. Penyimpanan rekod dan akaun dalam sesebuah perniagaan adalah suatu perkara yang amatpenting. Kebanyakan peniaga kecil mempunyai masalah dalam merekod komponen berkaitandengan pengurusan penghutang dengan tepat. Malahan, mereka juga tidak mempunyaiilmu perakaunan dalam merekod perakaunan dengan betul dan sistematik.

Kebiasaannya, para peniaga membuat catatan dan rekod perakaunan dengan tidakmengambil kira semua aspek dan mendatangkan imlikasi negatif iaitu peniagatidak dapat menentukan dengan tepat jumlah atau nilai keberhutangan bagipenghutang dalam tempoh tertentu sesebuah perniagaan. Ini  akan berlanjutan dan memberikan kesan negatifkepada perniagaan iaitu dalam komponen aset semasa bukanlah pada nilai yangsebenar.          Dalam penyata kewangan, semuamaklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan adalah secaraberstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami dikenali sebagai penyatakewangan. Maka, setiap komponen yang terdapat dalam penyata kewangan hendaklahbertepatan supaya pihak atasan mudah untuk membuat sebarang penilaian. Fokusutama kajian adalah berkaitan dengan pengurusan penghutang yang mempunyaipelbagai elemen-elemen penting yang perlu diambilkira. Elemen berkaitanpengurusan penghutang adalah bermula dengan dokumen sumber.

Segala urusniagayang berlaku pastinya berhubungkait dengan dokumen seperti invois jualankredit. Sistem perekodan dilaksanakan mengikut standard perakaunan yang tepatdan sistematik. Urusniaga secara kredit seharusnya mempunyai perekodan secarateliti dan terperinci melalui penglibatan sistem pengumuran penghutang.Jangkaan berkaitan dengan pelarasan sekiranya berlaku permasalahan antarapenghutang dengan pihak perniagaan dan sebagainya.

Masalah yang berkemungkinanini perlulah melibatkan penyata penyesuaian penghutang dan sebagainya. Elemenpenghutang menitikberatkan kaedah pemfailan yang terbaik seperti sistem ‘JustIn Time’ yang mampu mengelakkan sebarang kehilangan dokumen. Langkah asassedemikian membolehkan pengurusan kewangan dalam membentuk sebuah laporankewangan adalah lebih mudah diuruskan. Bagi mencapai keberkesanan dalam laporankewangan elemen penghutang merupakan perkara yang tidak boleh dipandang entengdalam sesebuah perniagaan. Penyediaan laporan kewangan terdiri daripadabeberapa penyata yang asas yang terdiri daripada penyata pendapatan, kuncikira-kira, penyata aliran tunai dan penyata untung tertahan yang terdiridaripada pelbagai fungsi dan tujuan tersendiri. Ini dapat dikaitkan denganpenghutang yang dirujuk sewaktu pemprosesan atau penyediaan laporan kewangan.

          Daripada pernyataan di atas, kajianyang ingin dikupas adalah berkaitan pengurusan penghutang. ini bagimengenalpasti ketepatan berkenaan penghutang sebelum penyediaan laporankewangan secara efektif dengan mengambil kira aspek dan komponen dalam laporankewangan. Seterusnya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kaedahperekodan dan pemfailan akaun belum terima yang dilaksanakan dalam perniagaan seterusnyapenambahbaikkan dilakukan dalam penyediaan laporan kewangan yang lengkap danmengikut sistem catatan bergu. Pengurusan asas iaitu komponen penghutang yangbaik sebelum penyediaan laporan kewangan dalam perniagaan dapat dilihat sejauhmana urusniaga sesebuah perniagaan setiap bulan dan setiap tahun itu berkembang.Ini selaras dengan IPSASB yang mentakrifkan pendapatan sebagai merangkumi hasildan untung. Piawaian ini menggunakan istilah yang merangkumi hasil dan untungbagi menggantikan istilah pendapatan.

  1.2 PENYATAAN MASALAH  Batasankajian ke atas pengurusan penghutang melibatkan faktor yang difokuskan terhadapkajian ini adalah seperti yang berikut :a)    Hasildapatan yang diperoleh hanya berdasarkan kepada maklumat kewangan perniagaan untuktahun 2016 sahaja oleh syarikat. Maklumat yangdidedahkan hanyalah terdiri daripada elemen berkenaan pengurusan penghutang dalam sesebuah perniagaan.b)    Kajianini memfokuskan kepada maklumat perakaunan yang melibatkan penghutang terdiridaripada kaedah pemfailan penghutang, kaedah perekodan penghutang seterusnyalangkah pengurusan penghutang secara terperinci sebelum terbentuknya penyediaanlaporan kewangan. Komponen atau elemen yang lain dalam laporan tahunan tidakdikaji.c)    Bagitujuan kajian, penyelidik cuba memilih dan mengkaji komponen berkaitan penghutangsecara terperinci sedangkan dalam laporan kewangan terdiri daripada lain-lainkomponen perakaunan.

d)    Hasilkajian juga amat dipengaruhi oleh responden sama ada sejauh mana tahapkejujuran dalam menjawab soalan yang dikemukakan dengan tepat dan serius.e)    Soalanyang terdapat dalam soal selidik terdiri daripada item-item yang terhad dantidak mungkin merangkumi semua aspek yang ingin diperhatikan dengan jitu danterperinci.f)     Hasildapatan yang diperolehi hanya benar dan praktikal di dalam Malaysia sahaja danberhubung dengan prosedur dan piawaian perakaunan serta undang-undang semasasahaja.  1.

3 MATLAMAT KAJIAN  Suatu kajian yang dijalankan pastinya mempunyaimatlmat tersendiri yang ingin dicapai. Matlamat kajian ini dilaksanakan adalah bertujuanuntuk mengkaji atau mengenalpasti maklumat perakaunan berkenaan dengan sistempengurusan penghutang yang dilaksanakan oleh syarikat.Kajian ini mengambilkira terhadap kendalian pemfailan dan perekodan. Kajianjuga turut mengkaji permasalahan yang berlaku dalam pengurusan penghutang olehpihak syarikat.  1.4 OBJEKTIF KAJIAN  Kajian  ke atas pengurusan penghutang ini mensasarkanuntuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:a)    Mengenalpastikaedah atau langkah pemfailan yang dilaksanakan oleh syarikat dalam menguruskandokumen berkaitan penghutang adalah secara sistematik.b)    Mengenalpastikaedah atau langkah perekodan penghutang yang dilaksanakan sama ada mengikutstandard perakaunan iaitu secara betul dan tepat.

c)    Mengenalpastikeberkesanan kaedah yang digunakan bagi memudahkan pengurusan penghutangmelalui sistem pengumuran penghutang.  d)    Mengenalpastikualitatif pemfailan dan perekodan yang bermula daripada perekodan dokumensumber urusniaga kredit  ke dalam bukujualan sehingga laporan kewangan.e)     mengenalpasti langkah yangdiambil dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam menguruskanpengurusan penghutang yang melibatkan pelanggan seperti hutang ragu dan hutanglapuk.  1.5 KEPENTINGAN KAJIAN  Kajianyang dijalankan ini memberikan banyak kepentingan dan dapat dijadikan sebagaiasas bagi menentukan sama ada pengurusan terhadap penghutang diberikanpenekanan atau sebaliknya. Selain daripada itu, kajian yang dijalankan ini jugadapat mengenalpasti masalah atau isu yang dihadapi oleh sesebuah perniagaan.

Melalui penyediaan asas ini dapat terus dihubungkaitkan dengan penyediaanpenyata kewangan seperti penyata pendapatan. Seterusnya, penyediaan asas yangtepat membolehkan syarikat mengetahui samaada mengalami keuntungan ataukerugian. Kajian ini sememangnya dapat meningkatkan sistem pengurusanpenghutang yang dilaksanakan agar lebih sistematik melalui sistem pengumuranpenghutang dan sebagainya. Bahagian kewangan dalam sesebuah syarikat sepertikerani akaun boleh membuat penambahbaikkan dan membina strategi yang lebihmantap demi meningkatkan kemajuan sesebuah perniagaan.            Selain itu, kajian ini dapatmengenalpasti serta menyelami kepakaran, fungsi bahagian kewangan yangmenentukan pengurusan penghutang mengikut langkah yang sebenar tambahan dapatmenjadi panduan asas dan membekalkan maklumat-maklumat tentang langkah yangtepat berkenaan kaedah perekodan dan pemfailan penghutang serta tahapkeberkesanannya.

            Melalui kajian ini permasalahanpengurusan penghutang dapat diselesaikan dengan adanya penyelidikan yangmemfokuskan kepada komponen tersebut untuk mengenalpasti kelemahan langkahperekodan dan pemfailan seperti yang dinyatakan. Seterusnya, permasalahan dapatdikenalpasti melalui kajian berkenaan pengurusan penghutang dalam berurusandengan pihak penghutang yang bermasalah dan sebagainya. Melalui kajian ini,pengkaji dapat melontarkan idea untuk penambahbaikan perniagaan ini.   Kajiansedemikian dapat memberikan input yang berguna khususnya kepada bahagiankewangan bagi syarikat.

Kerani akaun juga boleh membuatpenambahbaikkan dan membina strategi yang lebih mantap untuk membangunkanperniagaan tersebut.   Kajian ini jugabertujuan untuk memastikan kerani akaun dan pekerja-pekerja sudah terlatih danmahir dalam kerja-kerja yang ditetapkan. Diharapkan penemuan kajian ini akandapat memberikan input yang berguna dengan mengisi kekosongan dan kekuranganyang ada serta memberi maklumat untuk penembahbaikan pada masa akan datang.    1.6 SKOP KAJIAN  Skopkajian ini hanya tertumpu dan difokuskan kepada syarikatsahaja.

setiap kajian yang dilaksanakan hanya meliputi bahagianberkaitan dengan penghutang setakat tahun 2016 sahaja. Kajian ini memfokuskankepada kaedah pemfailan, kaedah perekodan dan secara keseluruhan berkaitanpengurusan penghutang sahaja. manakala bahagian-bahagian lain dalam perakaunansyarikat tidak akan dikaji. selain itu segala kerahsiaan maklumat perniagaanadalah sulit. Segala data yang diambil dan digunakan dalam kajian ini adalahterhad kepada maklumat yang diperolehi daripada lokasi kajian seterusnyatertakluk kepada kerahsiaan maklumat dan dokumen perniagaan.     1.7 KESIMPULAN  Latarbelakang kajian, penyataan masalah, matlamat kajian, objektif kajian, kepentingankajian dan skop kajian dikenalpasti dalam bab ini.

Justifikasi pemilihan tajukkajian juga telah dijelaskan. Secara umumnya, kajian ke atas pengurusanpenghutang akan dijalankan atau dilaksanakan.